Program Pemulihan Khas


MATLAMAT PROGRAM

            Program Pendidikan Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira ) yang belum dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan.





OBJEKTIF PROGRAM

  • Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran tertentu.
  • Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkahlaku yang menjejaskan
  • pelajaran serta menanam sifat yakin pada diri sendiri.Memberi peluang keseronokan belajar kepada murid dan secara tidak langsung 
  • mempelajari teknik-teknik rahsia membaca,menulis dan mengira.


VISI KAMAR HARAPAN

MEMBACA - Boleh membaca secara inferens dan literal
MENULIS - Dapat melahirkan idea melalui penulisan
MENGIRA - Mempraktikkan kemahiran mengira dalam kehidupan seharian
MINAT - Berminat untuk mendalami ilmu dan akhirnya berjaya



MISI KAMAR HARAPAN

Melahirkan murid-murid yang celik 3M, berdikari dan berdisiplin serta dapat melalui arus perdana dengan ceria.




MOTTO  KAMAR HARAPAN

Ke arah kecemerlangan pemulihan khas




  FAIL MEJA GURU PEMULIHAN KHAS               
    


JADUAL WAKTU
   
     Guru Pemulihan Khas mempunyai  agihan masa seperti berikut  :

            a          Masa mengajar 900 minit seminggu
            b          Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu.

     Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan khas ialah 1110 minit seminggu.
     untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk :

a.                   Membuat rundinagan ibu bapa atau penjaga murid
b.                  Membuat persediaan bahan pengajaran dan pembelajaran
c.                   Mengemaskini rekod-rekod
d.                  Bimbingan kaunseling kepada murid-murid
e.                   Rundingcara dengan guru kelas dan guru mata pelajaran tentang
Perkembangan murid di kelas biasa.
f.                   Mengemaskini sudut-sudut pembelajaran
g.                  Sentiasa berusaha mempertingkatkemajuan pencapaian kemahiran murid.

     Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu :

a.                   Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas
b.                  Berpandukan jadual waktu induk sekolah
c.                   Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
d.                  Catatkan waktu Panduan dan Persediaan
e.                   Pamerkan jadual waktu Kelas Pemulihan Khas dalam di bilik darjah
f.                   Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir dan kelas terlibat.
g.                  Perlu bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembentukan Jadual Waktu Sekolah.










PROGRAM TAHUNAN PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS SK SEKSYEN 18, SHAH ALAM.


BULAN

AKTIVITI

              CATATAN


JANUARI

PENGUMPULAN MAKLUMAT
Guru Pemulihan menerima pencalonan murid-murid daripada guru kelas/guru mata pelajaran.
MESYUARAT PROGRAM
Mesyuarat kali pertama AJK Program diadakan untuk merancang program tahunan.
UJIAN SARINGAN
Ujian diadakan jika ada pencalonan baru dan jumlah murid ramai.
MAKLUMAT DATA PROGRAM
Maklumat data murid,guru dan program dihantar ke PPD dan JPNS setiap awal tahun.



Tindakan :
Guru kelas/guru mata pelajaran


FEBRUARI

UJIAN DIAGNOSTIK
Ujian diadakan untuk mengenal pasti daerah kelemahan murid untuk merancang proseP&P.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sesi P&P mula dijalankan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik mengikut aras kelemahan murid.
PERJUMPAAN DENGAN PENJAGA
Jika ada murid di dalam kelas mempunyai masalah yang kritikal ibu bapa diminta hadir untuk membincangkan masalah dan jalan penyelesaian.


Tindakan :
Guru Pemulihan

MAC















PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sesi P&P diteruskan.
AKTIVITI MINGGU PANITIA
Murid-murid tuna aksara ini digalakkan menyertai semua program yang dianjurkan oleh panitia Bahasa Melayu. Program Kamar Harapan juga diselitkan bersama minggu panitia ini.




    


                                                                 
















APRIL

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sesi P&P diteruskan.
PROGRAM KELAS BIMBINGAN
Kelas bimbingan di luar waktu belajar iaitu pukul 12.30 -1.00 petang diadakan dengan kerjasama guru kelas/guru mata pelajaran keapada murid yang amat bermasalah.





Tindakan :
Guru kelas/guru mata pelajaran

MEI

PENILAIAN
Penilaian program kali pertama diadakan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran yang telah diajar.
UJIAN IPP 2M
Ujian diadakan untuk murid tahap satu untuk mengetahui tahap penguasaan murid.
MESYUARAT PROGRAM
Mesyuarat AJK Program untuk kali kedua diadakan untuk membincangkan prestasi murid setelah 3 bulan mengikuti program pemulihan khas dan mencari kaedah yang lebih baik untuk memajukan murid.










Tindakan :
Semua AJK

JUN

KURSUS DALAMAN/BENGKEL
Bengkel/kursus dalaman untuk guru-guru Bahasa Melayu tahap satu dan yang berminat diadakan untuk meneranghkan kaedah untuk cepat membaca serta cara menarik minat murid untuk membaca.
LAPORAN
Laporan IPP 3M dihantar ke PPD Petaling dan JPNS
PERJUMPAAN DENGAN PENJAGA
Perbincangan diadakan pada hari terbuka sekolah.



Tindakan :
Guru Pemulihan

JULAI

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sesi P&P diteruskan. Murid yang lulus IPP 3M dinaikkan dan masuk belajar di kelas arus perdana dengan dipantau oleh guru pemulihan.




AKTIVITI

CATATAN


OGOS

KERJA SUSULAN
Murid yang dinaikkan ke kelas biasa diberi kerja susulan dengan bimbingan guru mata pelajaran.
PERTANDINGAN MEMBACA
Pertandingan diadakan untuk menarik minat murid belajar dan berusaha untuk membaca dengan intonasi yang betul.


Tindakan :
Guru mata pelajaran

Semua AJK

SEPTEMBER

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sesi P&P diteruskan.
PERTANDINGAN MENULIS
Pertandingan menulis diadakan agar murid belajar dengan tekun dan rajin menulis.




Tindakan :
Semua AJK

OKTOBER

PENILAIAN
Penilaian prestasi murid tahap dua diadakan untuk mengetahui tahap penguasaan  kemahiran murid.
UJIAN IPP 2M
Ujian IPP 2M kali kedua diadakan.
LAPORAN
Laporan data pemulihan akhir tahun serta laporan IPP 3M dihantar ke PPD dan JPNS
MESYUARAT PROGRAM
Semua AJK Program bermesyuarat untuk kali ketiga membincangkan program yang telah dijalankan pada tahun ini dan merancang program untuk tahun hadapan.



Tindakan :
Guru Pemulihan Khas

NOVEMBER

MENGEMASKINI FAIL
Semua fail dikemaskini untuk dihantar kepada pentadbir.
DOKUMENTASI
Laporan akhir tahun dibuat untuk dihantar kepada pentadbir.