Friday 30 September 2011

Lawati Laman Harapan


     Bunga kemboja bunga siantan ,
        Indah di taman , mekar mewangi ,
    Selamat datang ke Laman Harapan ,
       Komentar anda saya sanjungi .

                    Yang kurik itu kundi ,
                        Yang merah itu saga ,
                    Yang cantik itu budi ,
                        Yang indah itu bahasa .

Laman Harapan adalah penceritaan tentang kerjayaku seorang guru  membimbing dan mendidik anak-anak yang mempunyai harapan tinggi untuk maju dan menjadi insan yang berguna bila dewasa nanti. Namun anak-anak ini menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran yang dipelajari dalam masa yang ditetapkan. Bimbingan khusus mereka perlukan untuk berjuang bersama rakan mereka yang lain di arus perdana.

Anak-anak didik ini menimba ilmu di kelas yang dinamakan Kamar Harapan iaitu tempat yang memberi sinar serta harapan kepada mereka untuk berjaya seperti rakan yang lain. Kamar Harapan mula beroperasi pada  01 Januari 2000 sewaktu aku mula bertukar dan ditempatkan di SK Seksyen 18 Shah Alam. Pada masa itu kelas ini hanyalah 1 1/2 bay sahaja terletak di Blok C sebelah Makmal Sains. Peralatan yang ada hanyalah 10 buah meja dan kerusi serta papan putih yang bersaiz 1/4 daripada papan hitam. Berkat kesabaran dan usaha yang tidak mengenal jemu kini kelas ini setaraf, malah lebih maju daripada kelas lain dengan pelbagai peralatan dan bahan P&P yang berkualiti.




    Tinggi gunung gilang-gemilang ,
        Air laut tenang-tenangan ,
   Budi sedikit takkan hilang ,
       Tetap menjadi kenang-kenangan .





2 comments:

  1. Youtube.tv video game, music video game, music video
    youtube.tv video game, music youtube to mp3 video game, music video game, music video game, music video game, music video game, music video game, music video game

    ReplyDelete
  2. Casino - JT Hub
    JTA: Casino - Casino 안양 출장샵 & Hotel - JTG Hub, 고양 출장안마 Dublin, United Kingdom 안성 출장마사지 - JT 제천 출장샵 Hub. Contact details: +44 207 42 부천 출장안마 4039. Hours.

    ReplyDelete