Mari Belajar Bersama Cikgu Yati

Set Kemahiran Bahasa Melayu mempunyai 32 kemahiran bermula daripada Kemahiran 1 ( huruf-huruf kecil a-z ) sehinggalah Kemahiran 32 ( bacaan dan pemahaman ). Namun begitu, seseorang murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas tidak semestinya perlu mengikuti setiap kemahiran yang tersenarai dari Kemahiran 1 sehingga Kemahiran 32. Kemahiran-kemahiran yang perlu dipelajari oleh seorang murid hendaklah berdasarkan keputusan dan analisis Ujian Diagnostik. 

Pengajaran secara berkumpulan boleh dilakukan sekiranya didapati sekumpulan murid mengalami kesukaran menguasai kemahiran yang sama.

Setelah murid-murid mengikuti pembelajaran pada sesuatu peringkat kemahiran yang tersenarai, pencapaian mereka boleh diuji dengan mengunakan item-item seperti IPP 2M dan set-set ujian pencapaian yang sesuai. 




CONTOH P&P  DI KAMAR HARAPAN


Pengajaran Secara Kumpulan
Selepas aktiviti rutin secara kelas, guru mengadakan pengajaran secara kumpulan. Murid dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan tahap kecerdasan mereka. Kumpulan dinamakan seperti 'Arif', 'Bijaksana' dan 'Cemerlang'. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara bergilir mengikut kumpulan. Semasa guru menyampaikan P&P untuk satu kumpulan, dua kumpulan lagi akan melaksanakan aktiviti belajar sambil bermain dan satu kumpulan lagi menyiapkan latihan pengukuhan.






Pengendalian Secara Pusingan
Murid dibahagikan mengikut pelbagai kebolehan. Setiap kumpulan diberi tugas berbeza, mereka 
menjalankan aktiviti memerhati, merekod, dan sebagainya untuk mendapatkan kemahiran yang 
diajarkan. Guru menyediakan menyediakan pelbagai kad dan lembaran. Setelah menyiapkan kerja
mereka berpindah untuk tugasan lain. Semasa aktiviti guru beredar dari satu kumpulan ke satu
kumpulan. Murid lambat diberi bimbingan khas.






Pengajaran Secara Individu
Selain daripada pengajaran kumpulan, pengajaran individu juga penting dan di jalankan di dalam kelas. Guru memberi bimbingan khusus  kepada seseorang murid  pada satu-satu ketika. Isi pelajaran adalah  sama tetapi aras kesukaran diperingkatkan serta latihan dipermudahkan.