Sejenak Singgah Di Kamar Harapan

 _____________________________________


Bermula 2000 dengan jumlah murid 69 orang untuk tahun 2, 3 dan 4 sahaja. Kini program ini disertai murid-murid tahun 1, 2 dan 3.
Jumlah murid semakin berkurang setelah menerima perkhidmatan dan menyertai beberapa program yang dilaksanakan seperti program mento-menti ( guru&murid ) kelas tambahan dan aktiviti dalaman. 

Tahun 2003 seorang pelajar pemulihan khas, Iktiaruddin Bin Roslan telah menyertai pertandingan catur anjuran Jabatan Pendidikan Khas dan mendapat tempat Naib Johan Kebangsaan 2004 dan menjadi naib johan Negeri Selangor. Murid ini sudah menguasai 3M dan sentiasa mengikuti pertandingan catur yang dianjurkan Kelab Catur Shah Alam.

Tahun 2004 Kamar Harapan dipilih untuk penggambaran P&P dilaksanakan oleh guru pemulihan dan murid tahun 2. Penggambaran ini anjuran JPNS,Jemaah Nazir dan Guru Cemerlang Selangor.

Tahun 2004 juga P & P murid pemulihan khas tahun satu dipantau oleh Cik Norlaila Kuslan, pegawai dari unit perancangan dasar pendidikan KPM dari April hingga Oktober untuk kajian beliau menamatkan pengajian PhD. 

Kamar Harapan menerima lawatan daripada IBMM (2006),  guru-guru Kuala Selangor (2007) dan IPBA (2008) serta guru-guru daerah Petaling.

  Kelas Kamar Harapan dinaiktaraf setelah mendapat peruntukan RMK9 pada tahun 2010. Kamar Harapan berwajah baru berada di blok B sentiasa menerima kunjungan daripada guru-guru yang sudi berbincang mengenai Program Pemulihan Khas.


_____________________________________